Sunday, 14 April 2013

Pembedahan Untuk Epilepsi

Apakah Pembedahan Epilepsi?
Ubat boleh mengawal serangan sawan bagi pesakit epilepsi tetapi 30% daripada pesakit didapati tidak berkesan terhadap ubat-ubatan dan tidak boleh ditanggung lagi. Dalam beberapa kes, pembedahan otak boleh menjadi pilihan.

Terdapat 2 jenis utama pembedahan epilepsi:
1. Pembedahan untuk membuang bahagian otak yang menyebabkan sawan.
2. Pembedahan untuk mengganggu melalui impuls penyitaan daripada merebak ke dalam otak.

Siapa Yang Perlu Untuk Menjalani Pembedahan?
Pembedahan mungkin menjadi pilihan kepada pesakit yang tidak mampu dikawal oleh ubat, atau kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit.

Adakah Pembedahan Epilepsi Berkesan?
Keberkesanannya berbeza-beza bergantung kepada jenis pembedahan, dengan kadar kejayaan yang berbeza-beza, antara 50% - 80%. Sesetengah pesakit benar-benar sembuh setelah melalui pembedahan. Bagi yang lain, kekerapan serangan sawan mungkin berkurangan. Dalam beberapa kes, pembedahan mungkin tidak berjaya dan pesakit memerlukan pembedahan kedua. Kebanyakan pesakit memerlukan ubat anti-epilepsi selama setahun atau lebih selepas pembedahan. Setelah pesakit tidak lagi diserang sawan, pengambilan ubat-ubatan boleh dikurangkan, atau pesakit tidak lagi mengambil ubat.

Apakah Risiko Pembedahan Epilepsi?
Risiko berkaitan dengan pembedahan : Pembedahan boleh membawa kepada jangkitan dan pendarahan serta risiko alahan kepada anestesia.
Risiko defisit neurologi : Pembedahan yang memburukkan lagi masalah yang sedia ada, atau menimbulkan masalah baru dengan fungsi otak. Defisit neurologi termasuklah kehilangan fungsi seperti penglihatan, pertuturan, memori atau pergerakan.
Risiko kegagalan pembedahan : Walaupun pembedahan dilakukan dengan berhati-hati, ia tidak boleh menyembuhkan atau mengurangkan penyakit sawan. Sebelum menjalani pembedahan, doktor akan membincangkan risiko dan manfaat prosedur kepada pesakit.

Monday, 4 March 2013

Bagaimana Hidup Dengan Epilepsi

Berjuta-juta manusia di dunia ini menghidapi penyakit epilepsi. Adakah anda salah seorang daripada mereka?
Saya hidup dengan epilepsi, dan keadaan itu sangat teruk dan langsung tidak membawa kebaikan. Saya cuba untuk hidup secara normal dan biasa seperti orang-orang lain.
Adakah anda menjalani kehidupan seharian dengan perasaan takut? Ya! Saya sentiasa cuba berhati-hati dengan setiap langkah saya. Saya ingin jadi normal seperti orang lain! Saya benci bila seseorang memandang rendah pada saya, dan menghakimi saya, mengatakan saya tidak layak berkawan dengan mereka, hanya kerana saya seorang pesakit sawan. Sebenarnya, mereka tidak layak untuk menilai siapa diri saya. Hanya saya yang layak menilai dan mengkritik diri sendiri. Jadi, jangan takut untuk menghadapi hari esok. Saya boleh hidup secara normal. Jangan risau tentang pendapat dan kritikan orang lain. Jadikan diri dan kesihatan anda sebagai satu keutamaan yang paling penting dalam hidup.


  1. Apabila anda sedar bahawa penyakit sawan mula menyerang, cuba tenangkan perasaan anda, dan tarik nafas dalam-dalam. (sesetengah pesakit boleh mengetahui bila penyakit sawan akan datang, tetapi kebanyakan pesakit tidak sedar dan sawan boleh datang secara tiba-tiba.)
  2. Kosongkan minda anda. Apa saja kemungkinan yang berlaku, terima keadaan itu dengan tenang.
  3. Pastikan badan anda benar-benar dalam keadaan santai dan rehat semasa senaman pernafasan anda. Salah satu cara untuk mengetahuinya adalah apabila bahu anda terasa longgar dan 'jatuh'.
  4. Cuba mainkan muzik yang perlahan dan lembut, ia akan membantu mengurangkan stress ketika anda sedang berehat.
  5. Ambil Vitamin setiap hari. Terutamanya Omega 3, vitamin E, vitamin B6 dan vitamin B12. (diet sihat yang tinggi lemak (lemak yang baik), rendah gula dan bebas kafein) sangat banyak membantu.
  6. Simpan satu diari yang mencatatkan tarikh dan masa anda diserang sawan, dan apa penyebab (yang mungkin) yang menyebabkan serangan sawan. Contoh, terlalu stress, tidak cukup tidur, merenung skrin komputer terlalu lama, etc.
  7. Berhubung dengan pesakit epilepsi yang lain dan berbincang tentang penyakit ini.
  8. Selalu melakukan senaman.
  9. Pastikan badan anda terhidrat. Kekurangan air boleh meningkatkan risiko serangan sawan. Air adalah penting!