Saya hidup dengan epilepsi, dan keadaan itu sangat teruk dan langsung tidak membawa kebaikan. Saya cuba untuk hidup secara normal dan biasa seperti orang-orang lain.
Adakah anda menjalani kehidupan seharian dengan perasaan takut? Ya! Saya sentiasa cuba berhati-hati dengan setiap langkah saya. Saya ingin jadi normal seperti orang lain! Saya benci bila seseorang memandang rendah pada saya, dan menghakimi saya, mengatakan saya tidak layak berkawan dengan mereka, hanya kerana saya seorang pesakit sawan. Sebenarnya, mereka tidak layak untuk menilai siapa diri saya. Hanya saya yang layak menilai dan mengkritik diri sendiri. Jadi, jangan takut untuk menghadapi hari esok. Saya boleh hidup secara normal. Jangan risau tentang pendapat dan kritikan orang lain. Jadikan diri dan kesihatan anda sebagai satu keutamaan yang paling penting dalam hidup.
- Apabila anda sedar bahawa penyakit sawan mula menyerang, cuba tenangkan perasaan anda, dan tarik nafas dalam-dalam. (sesetengah pesakit boleh mengetahui bila penyakit sawan akan datang, tetapi kebanyakan pesakit tidak sedar dan sawan boleh datang secara tiba-tiba.)
- Kosongkan minda anda. Apa saja kemungkinan yang berlaku, terima keadaan itu dengan tenang.
- Pastikan badan anda benar-benar dalam keadaan santai dan rehat semasa senaman pernafasan anda. Salah satu cara untuk mengetahuinya adalah apabila bahu anda terasa longgar dan 'jatuh'.
- Cuba mainkan muzik yang perlahan dan lembut, ia akan membantu mengurangkan stress ketika anda sedang berehat.
- Ambil Vitamin setiap hari. Terutamanya Omega 3, vitamin E, vitamin B6 dan vitamin B12. (diet sihat yang tinggi lemak (lemak yang baik), rendah gula dan bebas kafein) sangat banyak membantu.
- Simpan satu diari yang mencatatkan tarikh dan masa anda diserang sawan, dan apa penyebab (yang mungkin) yang menyebabkan serangan sawan. Contoh, terlalu stress, tidak cukup tidur, merenung skrin komputer terlalu lama, etc.
- Berhubung dengan pesakit epilepsi yang lain dan berbincang tentang penyakit ini.
- Selalu melakukan senaman.
- Pastikan badan anda terhidrat. Kekurangan air boleh meningkatkan risiko serangan sawan. Air adalah penting!