Bagaimana Mencegah Penyakit Epilepsi
- Pergi ke hospital, dapatkan rawatan dan dapatkan ubat yang sesuai. Ubat epilepsi biasanya mengambil masa untuk serasi atau sesuai dengan pesakit (biasanya mengambil masa hingga 2 minggu atau lebih). Doktor akan terus menukar ubat untuk rawatan seterusnya sekiranya ubat itu tidak berjaya mengurangkan atau menghentikan penyakit sawan.
- Cuba diet ketogenic. Ia adalah diet tinggi serat dan rendah protein. Ia diet yang sangat ketat dan pesakit tidak boleh memandang remeh walaupun untuk satu hidangan. Ia terbukti berkesan terhadap 50% kanak-kanak yang didiagnos mempunyai epilepsi (di luar negara). Pesakit perlu tinggal di hospital, kemudian menguruskan sendiri diet itu di rumah. Diet ini mampu mencegah daripada serangan sawan.
- Menjalani pembedahan. Namun ia adalah operasi yang berbahaya dimana pembedahan akan membuang bahagian otak yang menyebabkan penyakit sawan. Ia tidak selalunya berjaya, dan ia boleh menjejaskan penglihatan, pertuturan dan ingatan pesakit.
- Lakukan pemeriksaan dengan pakar neurologi anda mengikut jadual. Dengan cara itu, doktor boleh mengetahui keadaan kesihatan anda, seterusnya memberi idea kepada doktor sama ada perlu menukar, manambah atau mengurangkan ubat.
Tips
- Berikut adalah senarai ubat-ubatan : Topamax, Carbamazepine, Tegretol, Tegretol XR, Carbatrol, clonazepam, Klonopin, ethosuximide Zarontin, felbamate, Felbatol, lamotrigine, Lamictal, levetiracetam, Keppra, oxcarbazepine, Trileptal, phenobarbital; phenytoin, Dilantin, Phenytek, primidone, Mysoline, tiagabine, Gabitril, valproate, Depakote, Depakene, zonisamide, Zonegran. **Anda perlu mengambil ubat yang ditetapkan atas nasihat doktor!**
- Kebanyakan serangan sawan tidak berbahaya kepada pesakit. Keadaan boleh jadi berbahaya apabila serangan sawan berlaku hingga menyebabkan pesakit terjatuh, yang boleh menyebabkan tulang patah, kepala terhantuk, atau tergigit lidah. (Orang tua-tua biasanya memasukkan sudu ke dalam mulut untuk mencegah pesakit daripada menggigit lidah--itu tidak selamat! Sila masukkan tuala kecil yang dilipat dan pastikan pesakit boleh bernafas seperti biasa). Ia juga agak berbahaya sekiranya penyakit sawan menyerang ketika pesakit sedang makan. Ini boleh menyebabkan mereka tercekik.
No comments:
Post a Comment