- Sebelum memulakan sebarang program latihan atau senaman, sila berunding dengan doktor anda.
- Elakkan sukan yang boleh mencetuskan serangan.
- Sentiasa mengambil ubat sebagaimana yang ditetapkan, dan mempunyai bekalan ubat yang mencukupi.
- Pastikan anda minum air yang secukupnya, dan sila minum/makan sesuatu dengan sedikit gula di dalamnya.
- Jangan meneruskan senaman sekiranya anda berasa pening, loya atau dehidrasi.
- Jangan memaksa diri sendiri-hadkan masa dan penggunaan tenaga anda.
- Pastikan jurulatih, atau rakan sepasukan anda tahu akan penyakit anda, dan sekurang-kurangnya mereka perlu tahu apa yang patut dilakukan sekiranya anda terkena serangan.
- Jika terlibat dalam latihan solo, pastikan anda memakai gelang, atau rantai yang mempunyai tanda amaran 'Epilepsi'. Jadi orang tahu bahawa anda adalah pesakit sawan.
- Pakai perlindungan yang sesuai ketika anda bersukan, contohnya topi keledar dan pad lutut.
- Sentiasa memakai jaket keselamat apabila anda terlibat dalam sukan air.
- Bawa telefon bimbit bersama, dengan nombor telefon kecemasan.
Wednesday, 4 January 2012
Keselamatan Ketika Bersukan
Labels:
epilepsi,
keselamatan,
sukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment