Kesan Sampingan Ubat Epilepsi
Doktor akan berbincang dengan anda mengenai risiko, kesan sampingan juga manfaat untuk kesihatan anda ebelum ubat epilepsi diberikan kepada pesakit.Seperti kebanyakan ubat-ubat lain, ubat epilepsi juga mempunyai kesan sampingan. Kesan sampingan ini bergantung kepada dos, jenis ubat dan tempoh rawatan. Kesan sampingan biasanya berlaku dengan dos ubat yang tinggi, tetapi ia membuatkan tubuh badan cepat menyesuaikan diri dengan ubat tersebut. Ubat anti-epileptik biasanya bermula dengan dos yang rendah, kemudian ditambah sedikit demi sedikit untuk diselaraskan dengan keperluan tubuh badan anda.
Terdapat 3 Jenis Kesan Sampingan
Kesan sampingan biasa termasuklah kabur perlihatan atau penglihatan berganda (double vision), keletihan, mengantuk, terhuyung-hayang, atau sakit perut.Terdapat juga kesan sampingan yang bersifat 'peribadi' yang tidak menentu dan tiada kaitan dengan dos ubat. Kesan sampingan itu adalah ruam kulit, bilangan sel darah yang kurang/rendah serta masalah hati.
Ada juga kesan sampingan yang unik, mengikut jenis ubat-ubatan tertentu. Contohnya Dilantin atau Phenytek boleh menyebabkan gusi bengkak, dan Depakene boleh menyebabkan rambut gugur. Doktor akan membincangkan tentang kesan-kesan sampingan yang unik sebelum memberikan sebarang ubat.
Berapa Lama Rawatan Epilepsi
Ada beberapa jenis epilepsi, di mana pesakit boleh menghentikan ubat selepas beberapa tahun. Tetapi dalam sesetengah kes, pesakit perlu mengambil ubat anti-epileptik sepanjang hayat. Dalam beberapa kes, pesakit yang tidak lagi diserang sawan akan dipertimbangkan untuk menghentikan rawatan dan pengambilan ubat. Berapa lama tempoh 'bebas epilepsi' adalah mengikut jenis epilepsi, sama ada yang teruk, biasa atau sebaliknya. Keputusan untuk memberhentikan ubatan juga mengikut berapa lama tempoh pesakit bebas daripada serangan epilepsi.Bagaimana pun, ubat epilepsi patut dipertimbangkan untuk diberhentikan sekurang-kurangnya 10 tahun pesakit bebas daripada serangan sawan. Jika ubat sedia untuk dihentikan, ia perlu mengambil masa dan mengurangkan ubat secara beransur-ansur untuk mengelakkan pesakit daripada diserang epilepsi lagi.
JTG Casino in Brackerville, OK - JTHub
ReplyDeleteJTG Casino Resort 경상남도 출장샵 is the largest casino and destination in Oklahoma. We 김해 출장안마 boast a variety of dining options, a 24-hour gaming and 천안 출장샵 a 24/7 부천 출장안마 live 시흥 출장안마