- Longgarkan pakaian, tali leher, skaf atau tudung yang ketat di sekeliling leher pesakit. Letakkan kusyen atau kain di kepala dan pastikan badannya berada dalam keadaan mengiring. Ia mungkin perlu supaya saluran pernafasan masih terbuka untuk bernafas.
- Sekiranya badan mereka tersentak-sentak, biarkan keadaan itu sehinggalah sawan berhenti sendiri. Jangan mencuba untuk menghentikan sentakan itu. Anda hanya perlu memindahkan pesakit ke kawasan lain, sekiranya kawasan itu agak berbahaya (seperti di kawasan berair, atau ada api yang menyala). Jauhkan pesakit daripada objek tajam yang ada di sekeliling pesakit.
- Jangan sentuh mulut pesakit, atau memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya, seperti air, atau ubat-ubat yang digunakan untuk merawat pesakit sawan kerana ia boleh menyebabkan pesakit tercekik.
- Letakkan objek lembut untuk mengalas kepala pesakit, contohnya bantal, baju kot atau tuala untuk mencegah kecederaan di kepala.
- Perhatikan cara pesakit bernafas, dan masa pesakit diserang sawan (biasanya kurang daripada 5 minit). Doktor atau kakitangan hospital mungkin mahu bertanya tentang butiran pesakit.
- Minta orang-orang yang berada di kawasan sekeliling supaya bertenang, dan jangan mengerumuni pesakit. Beritahu kepada mereka bahawa penyakit Epilepsi atau sawan menyerang di luar kawalan pesakit.
- Bertenang dan menunggu sehingga pesakit telah sedarkan diri. Pesakit akan rasa keliru, letih dan mungkin berasa malu. Minta pesakit bersabar dan tenangkan fikirannya supaya dia boleh mendapatkan semula kekuatannya.
Tips
- Lihat sama ada pesakit mempunyai sebarang kad perubatan yang menunjukkan dia menghidap penyakit Epilepsi. Sesetengah pesakit memakai gelang, atau rantai amaran epilepsi untuk memberitahu bahawa mereka adalah penghidap Epilepsi.
- Hubungi ambulans dengan segera sekiranya anda mendapati pesakit diserang ketika di tempat-tempat yang merbahaya seperti di dalam kolam, laut, (pada waktu yang sama, anda harus meminta sesiapa untuk menyelamatkan dan membawa mereka keluar dari kawasan berair) atau sekiranya seseorang itu sedang hamil.
- Anda juga perlu mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera sekiranya pesakit diserang epilepsi lebih daripada 5 minit, atau serangan kedua berlaku ketika pesakit masih belum sedarkan diri.
No comments:
Post a Comment