Jenis-jenis Gangguan Pembelajaran
Masalah ingatan yang dikaitkan dengan epilepsi adalah satu gangguan biasa dalam pembelajaran. Masalah ini terdiri daripada alpa/lupa, juga kekeliruan sepenuhnya. Pembelajaran boleh terganggu dengan banyak cara. Kanak-kanak mungkin mempunyai masalah dalam satu, atau lebih dalam bidang matematik/kira-kira, membaca dan menulis, atau masalah dalam pertuturan atau pemahaman. Ketidakupayaan lain mungkin wujud pada kanak-kanak epilepsi, termasuk ADHD, autisme atau perkembangan yang lewat berbanding kanak-kanak seusia mereka.
Punca-Berkaitan Epilepsi
Kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan epilepsi boleh disebabkan oleh beberapa faktor yang berbeza. Sawan Grand mal boleh menyebabkan kemerosotan ingatan dan hilang kesedaran sementara. Sawan waktu malam boleh meningkatkan keletihan siang hari, menjadikan ia sukar bagi kanak-kanak untuk memberi tumpuan pada pelajaran. Ubat anti-epileptik boleh menyebabkan masalah pertuturan, mengantuk, kegelisahan, kesukaran menumpukan perhatian dan fungsi kognitif terjejas, terutamanya jika pesakit mengambil ubat lebih daripada satu.
Kesan Psikologi
Kesukaran pembelajaran mempengaruhi lebih daripada kedudukan akademik kanak-kanak. Kanak-kanak dengan masalah pembelajaran mungkin mengalami masalah rendah diri dan kekecewaan. Mereka mungkin berasa malu atau dipulaukan dan mempunyai kesukaran untuk berkawan atau mempunyai kawan-kawan. Ia boleh membawa kepada masalah tingkah laku di sekolah dan di rumah. Kesannya boleh dirasai oleh seluruh keluarga. Ia juga menganggu rutin harian pesakit serta masa depan yang mungkin terjejas.
Bantuan Untuk Kanak-Kanak Epilepsi
Pergi ke sekolah boleh memberi tekanan kepada pesakit epilepsi. Mereka mungkin bimbang diserang sawan ketika di dalam kelas, atau ketika melakukan aktiviti lain di luar kelas. Perkara yang boleh ibubapa lakukan adalah dengan berjumpa dengan guru-guru ketika waktu persekolahan baru bermula, dan jelaskan kepada mereka bahawa anak anda adalah seorang pesakit epilepsi. Berikan mereka risalah mengenai penyakit epilepsi yang boleh membantu mereka memahami dan memberi bantuan yang sewajarnya apabila pesakit diserang sawan.
No comments:
Post a Comment