1. Memandu
Satu serangan ketika memandu boleh membuatkan anda hilang kawalan terhadap kenderaan yang boleh membahayakan diri sendiri, juga pengguna jalanraya yang lain. Kebanyakan negara tidak membenarkan pesakit Epilepsi memandu di jalanraya, melainkan mereka mendapat pengesahan daripada doktor bahawa pesakit sudah lama tidak menghidapi serangan.
2. Aktiviti Air
Pesakit epilepsi tidak boleh dibiarkan di kawasan berair seorang diri (kolam, tasik, laut) kerana serangan boleh berlaku bila-bila masa menyebabkan pesakit berisiko lemas. Berenang seorang diri adalah satu risiko besar. Malah, pesakit juga tidak digalakkan menyertai aktiviti menyelam skuba walaupun ianya dilakukan dalam kumpulan yang biasanya selamat.
3. Sukan
Sesetengah pesakit mengelakkan sukan sepenuhnya kerana risiko serangan. Walau bagaimana pun, senaman telah terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit sawan. Pesakit boleh melakukan pelbagai aktiviti senaman, tetapi pesakit perlu memakai pakaian perlindungan yang sesuai. Namun begitu, elakkan sukan solo seperti meluncur ais, sky diving, sukan di tempat tinggi seperti mendaki gunung, bungee jumping, serta sukan lasak seperti tunju dan gusti melainkan anda pesakit dapat mengawal serangan. Jika anda berjalan tau berjoging, sila beritahu keluarga/rakan di mana arah laluan anda.
4. Tangga
Sesetengah pesakit dapat membaca 'tanda' bila penyakit epilepsi akan menyerang. Apabila pesakit mendapati bahawa mereka berasa aneh dengan keadaan diri/berasa pening yang amat, elakkan penggunaan tangga. Duduk dengan segera di tempat yang selamat (berkemungkinan serangan akan berlaku) dan minta seseorang untuk menemani anda untuk seketika.Jatuh dari tangga yang tinggi akan mencederakan tubuh badan anda, terutamanya apabila anda berada dalam keadaan tidak sedar.
No comments:
Post a Comment